Mencari cari Resepi..klik disini

Khamis, 9 Jun 2016

Air Roselle

nieza.deramanAir Roselle


Bahan
5-6 kuntum (kalau besar 3 kuntum) bunga roselle dibelah dua dan dibuang biji.
8-9 Mug air
daun pandan/vanila
gula secukupnya

Cara
Rebuskan air . Masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air. Biarkan air mendidih dan dimasukkan bunga roselle. Biarkan terus mendidih sehingga bunga layu anggaran 15-20 minit.Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat. Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing2 dan kacau hingga gula hancur. Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga roselle tanpa gula.Hanya bancuh dgn air gula bila air roselle sudah sejuk.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa


nieza.deramanResepi Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa

Bahan-bahan :

3 ekor ikan Cencaru sederhana besar

1 ½ cawan kelapa parut putih

Bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air)

1 batang serai

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

6-7 biji cili padi / cili merah (nak campur keduanya sekali pun boleh)

1 sudu teh serbuk kunyit

Sedikit belacan

Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Campur bahan kisar dengan kelapa parut dan gaul rata. Rasa garam dan gula secukup rasa.

Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh la digoreng.

Simplekan..Senang dan sedappp!!

Ketam rebus vs ketam goreng


nieza.deramanKetam rebus vs ketam goreng

Ketam rebus

Bahan²
Ketam yang fresh
Sedikit air
Gula melaka
Serai
Garam secukup rasa

masaklah sehingga kulit dah kemerahan dalam 15 minit
Siap untuk diratah... Ketam goreng

Bahan²

Ketam yang fresh dibasuh bersih
1 sudu teh Garam
1 susu teh kunyit
1 sb cili kering yg dibland

Ketam digaul dan dibiar sekejap dlm beberapa minit dan kemudian digoreng

Kailan Ikan Masin simple


nieza.deramanKailan Ikan Masin simple

Bahan- bahan :
1 ikat sayur kailan dicuci bersih dan dipotong
5 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong baji
2 biji cili merah dipotong
2 keping ikan tenggiri jeruk
1 biji limau kasturi diperah ambil jusnya
2 sudu sos tiram
Ajinomoto
Sedikit minyak untuk menumis

Cara masak :
1. Panaskan minyak, goreng ikan tenggiri hingga sedikit garing dan hancurkan semasa menggoreng. Masukkan bawang putih. kacau rata hingga harum baunya.
2. Masukkan sos tiram dan perasa ajinomoto. Biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan kailan bersama bawang besar dan cili merah serta air perahan limau. Kacau rata sebentar.
4. Tutupkan api. Sedia dihidang.

SPAGHETTI CARBONARA MEAT BALL



nieza.deramanSPAGHETTI CARBONARA MEAT BALL

Bahan²
1 bungkus spaghetti kimball( ada tanda halal)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
1 bungkus sosej ( aku guna yg cheeze)
10 biji meatball pun boleh)
1 bungkus ayam kisar
1 tin cendawan butang ATAU shitake mushroom
1 botol Prego Carbonara
1 Tin Prego Cheese and Herbs (pembalut tin nya warna kuning tau)
1 setengah sudu serbuk lada hitam
Dan yang paling penting planta untuk menumis
1 sudu secukup rasa meggi

Cara-caranya :

1. Celur spagheti tu dulu.. Masa celur, letak 2-3 sudu minyak masak dan sedikit garam untuk mengelakkan spaghetti tu melekat)

2. Di periuk atau kuali yang lain pulak, tumis bawang besar dan bawang putih dulu sampai agak-agak garing. Tumis guna planta yer.. 3. Masukkan daging ayam kisar dan secukup rasa meggi. Kacau sampai ayam kisar tu masak.

4. Masukkan prego carbonara dan prego cheese and herbs, then tambah air..Agak-agak yer airnya., Sebab apa? Sebab carbonara sifatnya tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Jadi kena agak-agak, sebab last nanti nak kena masuk susu plak.. 5. Lepas dah kacau prego tu, boleh lah masukkan serbuk lada hitam, sosej dan cendawan. (Masa ni kena rajin kacau yer, takut berketul)

6. Akhirnya siap dan boleh dihidangkan!!! Maka jadi seperti ini:

Walaupun rupa agak x cantik, tapi serius sedap.. Ala-ala cam kat Pizza Hut plak.. ank² mmg x pernah jemu makan..selamat mencuba!!!

CHUROSS


nieza.deramanCHUROSS

BAHAN-BAHAN:- 1 cawan air

1 sudu makan gula

1 1/2 cawan tepung gandum

1 biji telur ~ size L

1/2 sudu kecil garam

1 sudu makan butter

Coklat bar

CARA PENYEDIAAN:- Didihkan air, garam, butter dan juga gulaKecilkan api masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2
Angkat dari api.
Masukkan telur dan kacau sebatiPanaskan minyak.
Masukkan adunan ke dalam acuan ( boleh guna nozzle bentuk bintang dan masukkan dalam piping beg )Picit dan potong panjang ikut suka @ picit dan bulatkan.
Goreng hingga keemasan.
Angkat dan toskan.
Taburkan gula halus dan coklat cair td masuk dalam acuan dan picit atas chuross..kalau x de acuan siram je atas tu.. SOS COKLAT

BAHAN-BAHAN:- Coklat bar.( sy guna brand tesco jew)

2 sb majerin

Masak hingga cair

PUYUH SAMBAL PEDAS

nieza.deramanPUYUH SAMBAL PEDAS

BAHAN²
4 ekor Burung puyuh dibelah 2
5 biji Cili merah
1 labu bawang besar
1 biji tomato
3-4 biji cili api
Garam
Ajinomoto
minyak tuk menumis

CARA²
Puyuh di taruk garam kunyit dan digoreng garing.. SAMBAL

Cili, bawang, tomato dan cili api di bland kasar...saya guna food processor..Panaskan minya dan tumis hingga garing..masukkan garam dan perasa...daaaaa siap..mkn ngan nasi panas²... mmg sedappppp...selamat mecuba...