Bahan- bahan : 1 ikat sayur kailan dicuci bersih dan dipotong 5 ulas bawang putih diketuk 1 labu bawang besar dipotong baji 2 biji cili merah dipotong 2 keping ikan tenggiri jeruk 1 biji limau kasturi diperah ambil jusnya 2 sudu sos tiram Ajinomoto Sedikit minyak untuk menumis
Cara masak : 1. Panaskan minyak, goreng ikan tenggiri hingga sedikit garing dan hancurkan semasa menggoreng. Masukkan bawang putih. kacau rata hingga harum baunya. 2. Masukkan sos tiram dan perasa ajinomoto. Biarkan mendidih sekejap. 3. Masukkan kailan bersama bawang besar dan cili merah serta air perahan limau. Kacau rata sebentar. 4. Tutupkan api. Sedia dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan