Mencari cari Resepi..klik disini

Khamis, 9 Jun 2016

SPAGHETTI CARBONARA MEAT BALL



nieza.deramanSPAGHETTI CARBONARA MEAT BALL

Bahan²
1 bungkus spaghetti kimball( ada tanda halal)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
1 bungkus sosej ( aku guna yg cheeze)
10 biji meatball pun boleh)
1 bungkus ayam kisar
1 tin cendawan butang ATAU shitake mushroom
1 botol Prego Carbonara
1 Tin Prego Cheese and Herbs (pembalut tin nya warna kuning tau)
1 setengah sudu serbuk lada hitam
Dan yang paling penting planta untuk menumis
1 sudu secukup rasa meggi

Cara-caranya :

1. Celur spagheti tu dulu.. Masa celur, letak 2-3 sudu minyak masak dan sedikit garam untuk mengelakkan spaghetti tu melekat)

2. Di periuk atau kuali yang lain pulak, tumis bawang besar dan bawang putih dulu sampai agak-agak garing. Tumis guna planta yer.. 3. Masukkan daging ayam kisar dan secukup rasa meggi. Kacau sampai ayam kisar tu masak.

4. Masukkan prego carbonara dan prego cheese and herbs, then tambah air..Agak-agak yer airnya., Sebab apa? Sebab carbonara sifatnya tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Jadi kena agak-agak, sebab last nanti nak kena masuk susu plak.. 5. Lepas dah kacau prego tu, boleh lah masukkan serbuk lada hitam, sosej dan cendawan. (Masa ni kena rajin kacau yer, takut berketul)

6. Akhirnya siap dan boleh dihidangkan!!! Maka jadi seperti ini:

Walaupun rupa agak x cantik, tapi serius sedap.. Ala-ala cam kat Pizza Hut plak.. ank² mmg x pernah jemu makan..selamat mencuba!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan