Mencari cari Resepi..klik disini

Khamis, 9 Jun 2016

DAGING/AYAM MASAK KICAP BEREMPAH VERSI KELANTAN

DAGING/AYAM MASAK KICAP BEREMPAH VERSI KELANTAN


BAHAN-BAHANNYA :-)

450 gram daging batang pinang, hiris nipis cuci dan toskan
atau ½ ekor ayam potong kecik
*Tp saya lg rakemen daging lg sedap
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*(*kisar halus)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
1 biji bawang besar hiris
1 biji cili merah dihiris
3 camca besar kicap pekat
2 camac besar kicap manis
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-) Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bahan kisar halus + rempah kari tadi. Tumis hingga harum.
Masukkan daging atau ayam dan masak hingga daging/ayam kecut. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Masak hingga pekat.masukkan semua bawang besar dan cili besar dan masak hingga lembut. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi kicap. Matikan api. sedia tuk dihidangkan
*note
kurangkan air untuk lebih pekat dan lg sedap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan