1 paket makaroni 1 bungkus daging/ayam cincang ( digaul dgn ¹ sudu secukup rasa meggi) 1 bungkus rempah kurma/kari 1 btg Carrot ( parut memanjanh) 1 biji cili benggala( potong kiub) 2 biji cili merah ( potong nipis) 2 biji bawang besar ( potong kiub) Setangkai daun sup( potong jalus) Bawang goreng 10 biji telur 5 keping keju cheesdale
Cara² 1.Macaroni direbus hingga lembut dan ditoskan. 2. Tumis bawang yang dipotong kiub sehingga keperangan dan masukkan rempah dan digoreng garing 3. Kemudian masukkan daging/ayam cincang sehingga masak. 4.masukkan carrot dan cili benggala 5.masukkan garam dan sedikit perasa 6. Angkat dan digaul bersama macaroni yg ditos td. 7. Selepas digaul sebati semua bahan masukkan dalam loyang ( sapu dgn margerin dulu elakan melekat).. tp saya cuma guna pemanggang ajaib sahaja. Tuang semua bahan didalam loyang/ pemanggang ajaib. 8. Pecahkaa telur dan di kocak sedikit seperti nk buat telur dadar. 9. Siram telur didalam loyang/ pemanggang ajaib yang dah diisi macaroni tadi sehingga tenggelam 10. Taburkan diatas cili merah..daun sup..dan bawang goreng dan lapisan atas letak cheesdale dan bakar.. *Boleh dihidang dgn sos atau cheese powder..saya mmg nk cepat hari tu nk bawa ke surau ada majlis yassin..jd saya tabur je serbuk cheese diatas..tenggelam terus semua hiasan diatas..kesilapan teknikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan