Mencari cari Resepi..klik disini

Isnin, 10 Februari 2014

Ayam BBQ





member aku tempah ayam bakar untuk BBQ office dia..tak banyak dalam 25 paket kepak..jom kita kongsi resepinya kat sini...boleh juga perao hotdog dan sea food lain.....

Antara bahan-bahan

  • garam & serbuk kunyit untuk lumur pada ayam sementara membuat bahan perapan
  • kepak ayam
bahan utk di kisar
  • 4 bawang merah
  • 4 bawang putih
  • sedikit halia
  • 5 tangkai cili kering, di rendam & buang biji
  • 1 camca besar lada hitam
  • 1 camca besar mixed herbs
  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar madu
  • 2 camca besar gula
  • 1 camca besar garam
  • 4 camca besar kicap pekat manis
  • 4 camca besar sos cili
Cara-cara
  • blend semua bahan2 perapan (campur sikit air).
  • kemudian peraplah ayam dengan bahan perapan selama yang boleh. aku perak 3 jam, kalau mau lama lagi boleh simpan dalam peti sejuk
  • kalau kt rumah leh bakar guna pemanggang ajaib atau dlm microvawe..member aku bakar atas api..kan BBQ
  • senangkan..leh buat sos BBQ untuk cicah ngan ayam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan