Mencari cari Resepi..klik disini

Isnin, 17 Februari 2014

Pizza Hawaiian Chicken Simple




Bahan-bahannya

Untuk kulit Pizza
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis segera/mauripan
1 1/2 cawan air suam
1 s/k garam
1 s/k gula
3 sudu susu tepung

Inti (Topping) Pizza
2 sudu makan minyak masak
3 sudu tomato puri
2 batang sosej
1 biji cili benggala (merah, kuning, hijau) 
nenas yang dicincang kiub
ayan/daging dicincang
5 biji beef ball
keju berparut (lg byk lg sedap)

Cara-caranya

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 220-230'c
  2. Untuk kulit pizza, larutkan yis dan gula ke dalam air suam. Kacau sehingga naik buih halus
  3. Masukkan garam ke dalam tepung gandum dan kacau biar sebati..masukkan susu tepung
  4. Kemudian masukkan campuran air, yis dan gula ke dalam tepung dan uli adunan tersebut sehingga adunan tersebut tidak melekat.
  5. Perap adunan tersebut sehingga adunan tersebut naik 2 kali ganda
  6. Canai adunan tersebut mengikut saiz yg dikehendaki
  7. Kemudian cucuk dengan garfu adunan yg telah dicanai tadi
  8. Sapukan permukaan adunan tersebut dengan minyak dan diikuti dengan tomato puri. Kemudian tabur sosej dan beef ball yg telah dipotong kecil..ayam, cili benggala, nenas. Akhir sekali tabur keju parut.
  9. Rehatkan pizza tersebut dlm masa 30 minit
  10. Bakar pizza dlm suhu yg sama dlm masa 25 hingga 30 minit.
  11. Siap utk dihidangkan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan