Mencari cari Resepi..klik disini

Isnin, 10 Februari 2014

Ayam Kung Poa





Resepi ni dah terlebih kuah sebenar nya..sebab anak2 suka makan kuah dia..pada yang yak suak kuah banyak atau suka makan kering2 boleh kurangkan air...
selamat mencuba!...


BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
8 biji cendawan shitake yang kering
Garam secukup rasa - jika perlu
5 sudu besar sos tiram - boleh ditambah
4 sudu besar kicap manis - boleh ditambah
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan biji gajus
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia muda

CARA MEMASAK :

- Potong ayam menjadi ketulan kecil dan dibersihkan kemudian diketepikan dulu . Semua bawang , halia di kupas kulit dan ditumbuk lumat . Cendawan direbus sehingga kembang kemudian ditos dan dipotong kecil - simpan air rebusan cendawan tu . Buah gajus digoreng sehingga golden brown kemudian diangkat dan ditos . Bawang besar dan cili merah dipotong .

- Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga wangi . Kacau semua bahan ini dan dimasukkan sos tiram dengan cendawan shitake . Terus kacau sekejap dan boleh la dimasukkan semua ayam dan dikacau lagi .

- Masukkan air rebusan cendawan anggaran dalam 1 cawan kemudian dimasukkan kicap dan minyak bijan . .Kacau semua bahan dan biarkan mendidih dan boleh la dimasuk semua buah gajus , bawang besar serta cili merah yang dipotong menyerong . Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air lagi rebusan cendawan atau air biasa . Kacau ayam kung pao ni dan rasa kuah jika ada rasa yang kurang boleh ditambah lagi bahan-bahan perasa . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan