Mencari cari Resepi..klik disini

Isnin, 10 Februari 2014

Kerabu Mangga



BAHAN-BAHANNYA 
3 biji mangga epal, yang mengkal, diparut atau hiris memanjang
4 biji bawang merah, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit daun ketumbar, hiris halus (tak letak)
5 biji cili padi, hiris halus 
2 camca besar udang kering, rendam dlm air panas sekejap, tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir
1 camca besar perahan jus limau nipis (Niza guna limau kasturi)
2 camca besar sos Ikan 
Sedikit garam, jika perlu (sos ikan dah masin)

CARA MEMBUATNYA 
Dalam mangkuk besar, campurkan mangga dengan semua bahan-bahan yang dihiris dan dimayang tadi. Gaul rata.
Masukkan gula, udang kering, jus limau nipis, sos ikan, garam dan
Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbangkan rasa ikut tekak memasing. Hidangkan dengan nasi putih. Selamat Mencuba...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan