Mencari cari Resepi..klik disini

Ahad, 21 Jun 2015

BUTTER PRAWN - NIEZA STYLE


 Serdak Telur:

3 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin

1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.


Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 

 Setelah masak tuangkan ke dalam tapis untuk toskan minyaknya.
 Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 
Udang:
1/2 ekor udang Besar 
Sedikit secukup rasa meggi
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
2 biji cili merah - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
Sedikit margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.




 Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada sulah dan meggi secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

 Tadaaaaaaa....inilah hasilnyer..senang dan simple jer......setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. 


Jumaat, 19 Jun 2015

Kacang Panjang Sotong Goreng sos tiram


Kacang Panjang Sotong Goreng sos tiram

Bahan-Bahan 
1 ikat Kacang panjang 
5-6 ekor Sotong - hiris bulat 
Cili Kisar
2 ulas Bawang Merah - mayang halus
1 ulas Bawang Putih - mayang halus
1 biji Bawang Besar - potong panjang
2 sudu sos tiram
1 sudu secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-Cara
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sambai naik bau. Masukkan cili kisar. Apabila cili agak garing, masukkan sotong. Selepas seketika masukkan pula kacang panjang. Gaul sebati. Masukkan pula hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kalau semua dah cukup rasa boleh lah padamkan api dan hidang.

BEEF LASAGNA


Alamak..gelap plak gambar..tel murah cam ni ler...Home made Lasagna..

Bahan-bahan :
500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bwg putih di cincang
500 ml susu full milk
1 botol sos tomato segera/sos spegeti tradisional
mozarella cheeze dan 4 keping cheesedale
3 sudu tepung gandum
Spices(ni yg sy pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)
5 sudu butter
Sekotak Kepingan Lasagna
Cara2:
1. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.
2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dgn garam dan spices yg anda ada.
4. Untuk masa white sauce, Cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul2.
5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.
6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jgn lama sgt kalau tak nnti hancur. Sy celup dlm air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sbb nnti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.
7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yg sama hingga habis. Akhir skali taburkan cheese atasnya.
8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.

Nasi Mendhi Arabian

Nasi ayam mendhi arabian..mmg terbaik dan sedap..

Cara penyediaan yang mudah dan senang...pes ready utk terus masak...tanpa bawang dan rempah..tanpa sebarang bahan peasa..semua telah siap..cuma masuk air..didihkan..masuk beras dan siap...Set ini didatangkan bersama beras basmathi extra panjang..untuk 1/2 kg *RM17 dan 1 kg (RM30)...hidanglah dengan apa jua lauk seperti ayam bakar..kari..kerutuk..ayam kurma dsb..Nasi dh sedap makan dengan apapun mmg sedap...
Beras dibasuh masukkan beras yang telah direndam selama 1/2 jam td..dan ditoskan
700 ml air utk 1/2 kg..sukatan air ada pada packing pes..refer disitu..
masukkan air dalam periuk
Ini dia pes segera Yemeni Mendhi..yang ready utk dimasak..tanpa perlu perasa..bawang..rempah..semua sudah tersedia..
Ini rupa rempah ratus yang disediakan ..yang kuning tu adalah safran..
Masukkan pes/rempah dalam periuk
kacau dan ready letak didalm rice cooker on plug dan tunggu sehingga punat rice cooker naik.

 
.

bila punat dh naik tutup suiz plug


titik kan safran seperti dalam gambar



taaaraaammmm...inilah nasi nyer..gebu..lembut..dan yang pasti sedap..seperti tukang masak profesional...





Boleh dihidangkan bersama kari Ayam ..hidanglah dengan apa2 lauk pun boleh..saya biasa matching dengan ayam bakar....





ini plak bahan untuk sos tomato..cara ada pada paket pes..


atau boleh buat acar seperti ini..

Ayam Masak Butter Milk

Ayam Masak Butter Milk
Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam
Sesudu tepung jagung bersama air
Bahan perap ayam:
Saya cuma perap bersama tepung segera brand Bistari dan bila nk goreng salut dengan tepung bistari cam nk goreng ayam KFC.
Cara cara:
Perap ayam dengan tepung perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam tadi dan masak seketika dan masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Lala Masak Sos Tiram

Lala Masak Sos Tiram 

Bahan 
½ kilo Lala 
                1 biji bawang besar                      
2 ulas bawang putih     
                1 inci halia                                        
5 biji cili besar - ikut kepedasan masing-masing     
1 btg serai - dititik 
4 sudu sos tiram 
2 sudu kicap pekat 
½ cawan air  
secubit garam 

Cara-cara 
1.Tumbuk bawang besar,bawang putih dan halia.tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk dan serai sehingga kekuningan 
2.Masukkan lala dan air biarkan masak sehingga ia separuh terbuka 
3.Masukkan sos tiram, kicap dan garam 
4.Biarkan seketika dan kacau - masukkan cili hijau / merah sebagai penyeri 
5.Bila lala sudah masak angkat dan siap untuk di.


Ikan goreng selayang/sardin garam kunyit..semua dah taukan cara nyer...mula-mula belajar masak..ini lah cara pertama yang mak ajar..garam kunyit ikan..hehehe. 

Mee Udon Goreng Black Paper

Mee Udon Goreng Black Paper
2 paket mee Udon
ayam yang dicincang (saya perap dgn secukup rasa)
10 ekor udang sedang
1/2 biji bawang Holand atau ade orang cakap bawang Belanda
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh serbok lada hitam
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudi makan sos cili
1/2 biji cili benggala (campur2 warna lagi menarik)
cara :
- Mee udon tu dibersihkan dengan air bersih, ingat tau mee ni mudah patah so bersihkan perlahan2 iye.
- Bawang2 berdua tu dihiris2. Begitu juga dengan ayam dipotong2 kecil dan jangan lupa cili2 capsicum, dia ni pun kene hiris.
Step pertama tumis kedua2 bawang hingga layu kemudian waktu ni boleh la masukkan isi ayam dan udang. Masak hingga ayam tu kekuningan atau masak, bukan sampai garing tau.
Seterusnya masukkan lada hitam, sos tiram, sos cili & kicap pekat.
Masak hingga kuah agak2 pekat kemudian masukkan mee udon. Gaul kesemuanya dan masak lebih kurang 2 minit pastu boleh lah masukkan cili capsicum. Gaul rata dan ready tuk berbuka puasa...Selamat mencuba...
Ok jom masak ....

Ikan Bilis Tomato

Pembuka serela time bersahur...
Ikan Bilis Tomato
Bahan-bahan
segenggam ikan bilis
2 biji bawang besar
4 biji cili merah
2 biji tomato
minyak jagung
garam dan pak aji
Cara-cara
ikan bilis dibasuh dan digoreng garing dan ketepikan.
bawang besar dimayang, cili merah dan tomato dipotong dan digoreng sampai layu dan diangkat
Ikan bilis dan bahan yang digoreng layu tadi ditumbuk dan masukkan garam dan pak aji.
Masukkan dalam bekas atau mangkuk dan ambil minyak goreng tadi digaul supaya ia nampak berkuah dan tidak terlalu kering.
siap untuk dihidangkan makan bersama nasi panas-panas memang best gileerr.

Asam Pedas Tetel

Asam Pedas Tetel

Bahan bahan 500 grms daging tetel
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
5 sudu makan cili kering kisar
paste asam jawa diramas dengan 1 cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum
Daun limau purut
Garam
Hujung sudu Ajunimoto
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara cara
1. Kisar bawang merah, bawang besar, kunyit dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan serai diketuk. Biarkan hingga rempah masak. Masukkan belacan, paste asam jawa dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
3. Masukkan daging tetel dan air. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dengan garam dan pak aji .
5. Renehkan ia seketika dengan api perlahan supaya semua bahan mesra dan bolehlah ditutup api. Sedia dihidangkan.