Mencari cari Resepi..klik disini

Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2016

Asam pedas nenas

Asam pedas nenas




Bahan²

kepala Ikan tengiri

Bahan A ( dibland)
10 tangkai Cili kering
1 biji bawang besar

Bahan B
1 tangkai Daun kesom
4 biji Bendi
5-6 potong nenas
4 helai Daun limau purut
1 batang serai

Bahan lain
Minyak tuk menumis
Air
garam
Sedikt perasa

Cara²

1.masukkan minyak dalam periuk dan masukkan Bahan A ditumis garing.
2. Masukkan daun limau dan serai. Masak sebntar diatas api.
3. Masukkan air dan kepala ikan
4. Masukkan bahan B daun kesom..bendi dan nenas
5. Masak dalm bebrapa minit an masukkan garam dan perasa.

Kalau agak pekat boleh tambah air mengikut selera masing². * pada yg suka lebih masam boleh tambah nenas atau sesudu air asam jawa.. Selamat mencuba!!

Jumaat, 19 Jun 2015

Asam Pedas Tetel

Asam Pedas Tetel

Bahan bahan 500 grms daging tetel
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
5 sudu makan cili kering kisar
paste asam jawa diramas dengan 1 cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum
Daun limau purut
Garam
Hujung sudu Ajunimoto
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara cara
1. Kisar bawang merah, bawang besar, kunyit dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan serai diketuk. Biarkan hingga rempah masak. Masukkan belacan, paste asam jawa dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
3. Masukkan daging tetel dan air. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dengan garam dan pak aji .
5. Renehkan ia seketika dengan api perlahan supaya semua bahan mesra dan bolehlah ditutup api. Sedia dihidangkan.