Mencari cari Resepi..klik disini

Khamis, 9 Jun 2016

Air Roselle

nieza.deramanAir Roselle


Bahan
5-6 kuntum (kalau besar 3 kuntum) bunga roselle dibelah dua dan dibuang biji.
8-9 Mug air
daun pandan/vanila
gula secukupnya

Cara
Rebuskan air . Masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air. Biarkan air mendidih dan dimasukkan bunga roselle. Biarkan terus mendidih sehingga bunga layu anggaran 15-20 minit.Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat. Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing2 dan kacau hingga gula hancur. Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga roselle tanpa gula.Hanya bancuh dgn air gula bila air roselle sudah sejuk.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa


nieza.deramanResepi Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa

Bahan-bahan :

3 ekor ikan Cencaru sederhana besar

1 ½ cawan kelapa parut putih

Bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air)

1 batang serai

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

6-7 biji cili padi / cili merah (nak campur keduanya sekali pun boleh)

1 sudu teh serbuk kunyit

Sedikit belacan

Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Campur bahan kisar dengan kelapa parut dan gaul rata. Rasa garam dan gula secukup rasa.

Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh la digoreng.

Simplekan..Senang dan sedappp!!

Ketam rebus vs ketam goreng


nieza.deramanKetam rebus vs ketam goreng

Ketam rebus

Bahan²
Ketam yang fresh
Sedikit air
Gula melaka
Serai
Garam secukup rasa

masaklah sehingga kulit dah kemerahan dalam 15 minit
Siap untuk diratah... Ketam goreng

Bahan²

Ketam yang fresh dibasuh bersih
1 sudu teh Garam
1 susu teh kunyit
1 sb cili kering yg dibland

Ketam digaul dan dibiar sekejap dlm beberapa minit dan kemudian digoreng

Kailan Ikan Masin simple


nieza.deramanKailan Ikan Masin simple

Bahan- bahan :
1 ikat sayur kailan dicuci bersih dan dipotong
5 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong baji
2 biji cili merah dipotong
2 keping ikan tenggiri jeruk
1 biji limau kasturi diperah ambil jusnya
2 sudu sos tiram
Ajinomoto
Sedikit minyak untuk menumis

Cara masak :
1. Panaskan minyak, goreng ikan tenggiri hingga sedikit garing dan hancurkan semasa menggoreng. Masukkan bawang putih. kacau rata hingga harum baunya.
2. Masukkan sos tiram dan perasa ajinomoto. Biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan kailan bersama bawang besar dan cili merah serta air perahan limau. Kacau rata sebentar.
4. Tutupkan api. Sedia dihidang.

SPAGHETTI CARBONARA MEAT BALL



nieza.deramanSPAGHETTI CARBONARA MEAT BALL

Bahan²
1 bungkus spaghetti kimball( ada tanda halal)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
1 bungkus sosej ( aku guna yg cheeze)
10 biji meatball pun boleh)
1 bungkus ayam kisar
1 tin cendawan butang ATAU shitake mushroom
1 botol Prego Carbonara
1 Tin Prego Cheese and Herbs (pembalut tin nya warna kuning tau)
1 setengah sudu serbuk lada hitam
Dan yang paling penting planta untuk menumis
1 sudu secukup rasa meggi

Cara-caranya :

1. Celur spagheti tu dulu.. Masa celur, letak 2-3 sudu minyak masak dan sedikit garam untuk mengelakkan spaghetti tu melekat)

2. Di periuk atau kuali yang lain pulak, tumis bawang besar dan bawang putih dulu sampai agak-agak garing. Tumis guna planta yer.. 3. Masukkan daging ayam kisar dan secukup rasa meggi. Kacau sampai ayam kisar tu masak.

4. Masukkan prego carbonara dan prego cheese and herbs, then tambah air..Agak-agak yer airnya., Sebab apa? Sebab carbonara sifatnya tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Jadi kena agak-agak, sebab last nanti nak kena masuk susu plak.. 5. Lepas dah kacau prego tu, boleh lah masukkan serbuk lada hitam, sosej dan cendawan. (Masa ni kena rajin kacau yer, takut berketul)

6. Akhirnya siap dan boleh dihidangkan!!! Maka jadi seperti ini:

Walaupun rupa agak x cantik, tapi serius sedap.. Ala-ala cam kat Pizza Hut plak.. ank² mmg x pernah jemu makan..selamat mencuba!!!

CHUROSS


nieza.deramanCHUROSS

BAHAN-BAHAN:- 1 cawan air

1 sudu makan gula

1 1/2 cawan tepung gandum

1 biji telur ~ size L

1/2 sudu kecil garam

1 sudu makan butter

Coklat bar

CARA PENYEDIAAN:- Didihkan air, garam, butter dan juga gulaKecilkan api masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2
Angkat dari api.
Masukkan telur dan kacau sebatiPanaskan minyak.
Masukkan adunan ke dalam acuan ( boleh guna nozzle bentuk bintang dan masukkan dalam piping beg )Picit dan potong panjang ikut suka @ picit dan bulatkan.
Goreng hingga keemasan.
Angkat dan toskan.
Taburkan gula halus dan coklat cair td masuk dalam acuan dan picit atas chuross..kalau x de acuan siram je atas tu.. SOS COKLAT

BAHAN-BAHAN:- Coklat bar.( sy guna brand tesco jew)

2 sb majerin

Masak hingga cair

PUYUH SAMBAL PEDAS

nieza.deramanPUYUH SAMBAL PEDAS

BAHAN²
4 ekor Burung puyuh dibelah 2
5 biji Cili merah
1 labu bawang besar
1 biji tomato
3-4 biji cili api
Garam
Ajinomoto
minyak tuk menumis

CARA²
Puyuh di taruk garam kunyit dan digoreng garing.. SAMBAL

Cili, bawang, tomato dan cili api di bland kasar...saya guna food processor..Panaskan minya dan tumis hingga garing..masukkan garam dan perasa...daaaaa siap..mkn ngan nasi panas²... mmg sedappppp...selamat mecuba...

Macaroni Bakar



nieza.deramanMacaroni Bakar

Bahan²

1 paket makaroni
1 bungkus daging/ayam cincang ( digaul dgn ¹ sudu secukup rasa meggi)
1 bungkus rempah kurma/kari
1 btg Carrot ( parut memanjanh)
1 biji cili benggala( potong kiub)
2 biji cili merah ( potong nipis)
2 biji bawang besar ( potong kiub)
Setangkai daun sup( potong jalus)
Bawang goreng
10 biji telur
5 keping keju cheesdale

Cara²
1.Macaroni direbus hingga lembut dan ditoskan.
2. Tumis bawang yang dipotong kiub sehingga keperangan dan masukkan rempah dan digoreng garing
3. Kemudian masukkan daging/ayam cincang sehingga masak.
4.masukkan carrot dan cili benggala
5.masukkan garam dan sedikit perasa
6. Angkat dan digaul bersama macaroni yg ditos td.
7. Selepas digaul sebati semua bahan masukkan dalam loyang ( sapu dgn margerin dulu elakan melekat).. tp saya cuma guna pemanggang ajaib sahaja. Tuang semua bahan didalam loyang/ pemanggang ajaib.
8. Pecahkaa telur dan di kocak sedikit seperti nk buat telur dadar.
9. Siram telur didalam loyang/ pemanggang ajaib yang dah diisi macaroni tadi sehingga tenggelam
10. Taburkan diatas cili merah..daun sup..dan bawang goreng dan lapisan atas letak cheesdale dan bakar.. *Boleh dihidang dgn sos atau cheese powder..saya mmg nk cepat hari tu nk bawa ke surau ada majlis yassin..jd saya tabur je serbuk cheese diatas..tenggelam terus semua hiasan diatas..kesilapan teknikal.

Selamat mencuba..!!!

Giant belon


nieza.deramanGiant belon

Bahan²
2000ml Air
½ cawan Pencuci pinggan Joy(hijau)
2 sudu Tepung jagung
1 sudu baking powder
sesudu gula

Campur semua bahan dan siap untuk bermain..utk belon x mudah pecah..elok bancuhan disimpan semalaman..selamat bermain..

Siakap Black Pepper

BY nieza.deraman


Siakap Black Pepper




Ikan siakap(dilumur secukup rasa)
Tepung jagung ( dilumur pada ikan)
Dan goreng garung

Sos
Bawang besar
Bawang putih
Sos tiram
lada hitam
Garam
Secukup rasa

Sayur
Carrot
Lada benggala
Tomato dibuang biji
Cendawan butang
Semua dipotong memanjang

Cara masak sos
Tumis bawang merah dan bawang putih.masukkan sos tiram dan lada hitam garan secukup rasa. Masukkan sayur²an dan sedikit air..dan siram diatas ikan yg telah digoreng..siap tuk dihidangkan..

Asam pedas nenas

Asam pedas nenas




Bahan²

kepala Ikan tengiri

Bahan A ( dibland)
10 tangkai Cili kering
1 biji bawang besar

Bahan B
1 tangkai Daun kesom
4 biji Bendi
5-6 potong nenas
4 helai Daun limau purut
1 batang serai

Bahan lain
Minyak tuk menumis
Air
garam
Sedikt perasa

Cara²

1.masukkan minyak dalam periuk dan masukkan Bahan A ditumis garing.
2. Masukkan daun limau dan serai. Masak sebntar diatas api.
3. Masukkan air dan kepala ikan
4. Masukkan bahan B daun kesom..bendi dan nenas
5. Masak dalm bebrapa minit an masukkan garam dan perasa.

Kalau agak pekat boleh tambah air mengikut selera masing². * pada yg suka lebih masam boleh tambah nenas atau sesudu air asam jawa.. Selamat mencuba!!

sambal tahun Ikan bilis

sambal tahun Ikan bilis 



Sambal ni boleh simpan lama..itulah namanya pun sambal tahun.. Bahan²

100g ikan bilis
5 tangkai Cili besar (dipotong nipis)
3 biji bawang besar ( dipotong dadu)
3-4 biji cili padi( kalau nk pedas leh tambah)- dipotong halus
10 biji belmbing buluh( suka masam leh tambah lagi)- di potong bulat

Cara²

Goreng ikan bilis sehingga garing..
Angkat dan ketepikan ( ditumbuk sedikit hancur)
cili..bawang..cilipadi..belimbing di goreng( boleh guna minyak goreng ikan bilis tadi..kemudian masukkan ikan bilis dan perasa dan garam..goreng sehinggak kering jika nak simpan lama..tp saya suka basah² sbb makan sekali hadap je pun..sangat berselera bila makan ngan nasi panas

Ikan bilis goreng petai

Ikan bilis goreng petai


100g ikqn bilis
Cili padi +cili besar
¹ biji Bawang besar
Segenggam petai
Sesudu kicap manis
Garam
Perasa

Cara²
Ikan bilis digoreng garing
Masukkan semua bahan lain dan angkat..siap dihidang ngan nasi panas²..simple dan menyelerakan...

DAGING/AYAM MASAK KICAP BEREMPAH VERSI KELANTAN

DAGING/AYAM MASAK KICAP BEREMPAH VERSI KELANTAN


BAHAN-BAHANNYA :-)

450 gram daging batang pinang, hiris nipis cuci dan toskan
atau ½ ekor ayam potong kecik
*Tp saya lg rakemen daging lg sedap
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*(*kisar halus)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
1 biji bawang besar hiris
1 biji cili merah dihiris
3 camca besar kicap pekat
2 camac besar kicap manis
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-) Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bahan kisar halus + rempah kari tadi. Tumis hingga harum.
Masukkan daging atau ayam dan masak hingga daging/ayam kecut. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Masak hingga pekat.masukkan semua bawang besar dan cili besar dan masak hingga lembut. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi kicap. Matikan api. sedia tuk dihidangkan
*note
kurangkan air untuk lebih pekat dan lg sedap