Mencari cari Resepi..klik disini

Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Isnin, 10 Februari 2014

Nasi Beriani Ayam Kerutuk

 
Bahan-Bahan untuk Nasi Briyani 

500g beras basmati (direndam dalam air selama 40 minit) 
400ml air rebusan ayam 
200ml susu cair 
1/2 ekor ayam (dibersihkan) 
2 sudu besar rempah briyani 
60g minyak sapi 
60ml minyak 
new vida 5 biji bunga cengkih 
6 biji buah pelaga 
4 kuntum bunga lawang 
2 kulit kayu manis 
2 labu bawang besar (dihiris) 
5 ulas bawang Merah (dihiris) 
4 ulas bawang putih (dihiris) 
4cm halia (dititik) 
2 batang serai (dititik) 
4 daun pandan (diikat dan disimpul) 
2 biji tomato (dicincang) 
2 sudu kecil koma-koma (direndam) 
2 sudu besar air panas 
60 ml air mawar 
1/2 cawan kismis campuran 
1/2 cawan badam (dipanggang) 
1 cawan bawang goreng 
1/2 cawan dadih asli 
1/2 biji Lemon (diambil kulit dan jusnya) 
Sedikit daun ketumbar 
Segengam kecil daun pudina 
Sedikit daun pisang 
Garam secukup rasa


KERUTUK AYAM (niezza style)

1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2
nisan/gula melaka
garam 
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup

Nasi Goreng Daging







Nasi Goreng Daging
By Nieza.

Bahan-bahannya :)
3 cawan nasi putih  
2 gengam sayur campur
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi
2 sudu besar sos tiram
4 sudu kicap cair
2 sudu sos cili
garam secukupnya
100 gm daging (dipotong kecil atau leh guna daging cincang)
mentega 

cara-caranya :)

  • blad bawang merah, bawang putih dan cili padi
  • cairkan mentega dan tumis bahan yang dibled hingga sedikit garing.
  • masukkan sos tiram, kicap cair dan sos cili.
  • masukkan daging yang dipotong kecil2
  • masukkan juga garam dan gula secukupnya.
  • masukkan sayur campur bersama.
  • masukkan nasi dan gaul rata.

boleh dihidang ngan keropok goreng...hhehehehe..

Nasi Ayam




Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras Basmathi/ beras siam
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter/margerin
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Membuat:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter/margerin lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.